Sunday, March 14, 2010

Coretan Hidup

Assalamualaikum...

dah lama rasanya tak menari-nari kan jari ini di atas papan kekunci... untuk menulis sesuatu dalam blog ini. Maklumlah.. tiada bakat, tiada idea, mahupun ilmu yang mampu dikongsi.

Sedar tak sedar, sudah hampir enam bulan keberadaan aku di bumi para anbia ini.. singkat sangatkah? sehingga rasanya masih tidak cukup banyak ilmu yang sepatutnya aku garap. Hatiku merasakan seolah-olah ia masih tidak terisi... mungkinkah kerana aku lalai? atau kerana aku tidak mengambil sepenuhnya peluang di hadapan mata? Seingat aku.. hampir setiap kali kelas ustaz Nazrul aku hadiri.. Mungkinkah aku hanya menghadirkan jasad tetapi tidak hatiku?..

...................

terlalu banyak persoalan yang bermain di hati ini. Apakah jawapannya? ish.. persoalan lagi..
Namun.. aku harap kekosongan yang aku alami ini merupakan tarbiah dari ALLAH.. agar aku terus dan terus mencari hidayahnya.. agar aku terus merendahkan diriku dihadapanNYA. masihku ku ingat kata-kata seorang 'murabbi' ku di kolej islam dahulu...

'semakin banyak ilmu yang kita dapat, semakin sedar kita akan betapa kerdilnya kita dihadapan ALLAH'

Harapanku agar aku dan sahabat2ku tergolong dalam kalangan yang disebutkan ini. InsyaALLAH...

No comments:

Post a Comment