assalamualaikum...
Alhamdulillah.. sepanjang berada di mesir bumi anbiya' ni.. tak pernah ada apa-apa yang buruk berlaku.. cuma.. biasalah kalau kena tipu atau kacau oleh orang arab nih...rasanya semua 'student' Malaysia dekat mesir ni pernah rasa...huhu..
jam sekarang tepat 8.30 malam.... cuaca lluar agak sejuk... hmm.. tapi belakangan ni musim sejuk di mesir ni tak terasa sangat...mungkin baru nak berganjak masuk ke musim sejuk kot... jadi, belum stabil lagi agaknye.. seriously, diri ni sentiasa tak sabar nak melalui musim sejuk yang 'sebenar' di mesir ni... dengar kata senior... sejuk sampai ke tulang! huhu.. tak taulah.. tak pernah rasa....
duduk menghadap komputer dalam bilik... sambil mendengar lagu arab yang berkumandang dari kedai motor di bawah rumah~ huhu...sedap jugak lagunye... di mesir ni.. tak pernah sunyi dari bunyi... kalau pergi ke kedai2... sentiasa ada alunan ayat suci Al-Quran yang berkumandang... memang berkat! kalau kat malaysia.. siap kena bwat iklan mengatakan sesuatu produk tu dibuat sambil dipasang alunan ayat2 suci.... tapi di mesir ni dah macam perkara biasa.... Subhanallah...
kalau pergi ke jalan raya... tentulah bunyi honnya...memang tak pernah senyap... tapi, inilah yang unik.... orang2 mesir tak pernah bengang ataupun marah kalau kena hon.... hmm... tapi.. lama2 memang mengganggu jugak... nasib baik rumah kat kawasan yang jauh dari jalan raya~aman sikit...
Memang tak dinafikan... sepertimana yang selalu orang sebut dan kita boleh perhatikan sendiri.. org2 mesir seolah2 terbahagi kepada dua golongan... yang teramaaat baik.. dan.. sangat 'jahat'... huhu.. lagipun bumi nilah tempat lahirnya sebaik2 manusia iaitu nabi2... dan juga tempat bermaharajalelanya seburuk2 manusia iaitu firaun.... jadi.. pilhlah nak jadi yang mana....
hmm... salah satu budaya mesir yang boleh dikatakan pelik di mata kita.... semestinya cara lelaki2 di mesir ni bergaul sesama mereka.... kalau berjumpa tu.. salam+peluk+cium pipi sampai berbunyi~ huhu... geli bile tengok... tapi ni perkara biasa bagi diorang.. kalau kat malaysia memang dah lain dahh... tambah2 lagi bila diorang berjalan beriringan... tak kira tua atau muda.. diorang akan mengepit tangan antar satu sama lain sepertimana berkepit suami dan isteri...haha... walaupun cenggitu... ini sebenarnya tanda akrabnya persahabatan antara mereka...
kalau kita tengok pun dalam hadis nabi... kita dapati, betapa sayangnya sahabat2 terhadap nabi.. mereka selalu cium nabi S.A.W... peluk dan cium nabi tu perkara biasa... mula2 baca memang rase agak pelik.. tapi bila datang mesir ni barulah mengerti... sememangnya orang arab ni sesama lelaki memang macam tu...
oklah.. sampai sini sahaja dahulu~ lain masa tulis lagi..
Assalamualaikum...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment